Saturday, October 24, 2009

Persoalan yang ingin dijawab beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Sebenarnya berat hati juga nak tulis kat sini pasal benda ni. Macam peribadi pulak kan. Tapi, selepas membaca semula Cheme Jan 07 Blogging Policy, garis panduan kelima, rasanya tak salah untuk saya menulis entri ni. Lagipun ada beberapa rakan Cheme Jan 07 yang bertanyakan tentang hal ini. Diharap, entri ini sedikit sebanyak menjawab persoalan yang bermain di minda.



Sekitar seminggu yang lalu, beliamuda {dot} com telah mengalami masalah server. Dikhabarkan, server yang menghoskan blog ini telah corrupt. Timbul masalah untuk sambungan ke database. Oleh itu, penyedia hosting telah mengambil keputusan untuk memindah segala data ke server yang lain.

Berubah kepada server yang lain, bermaksud IP address bagi blog beliamuda {dot} com juga turut berubah. Perubahan IP ini sendiri mengambil masa yang lama untuk propagate di Internet. Proses pemindahan ini turut menyebabkan blog ini kehilangan lima entri terkini. Alhamdulillah, saya berjaya untuk mengembalikan semula blog ini kepada keadaan asal dengan sandaran terkini yang disimpan.

Namun, masalah timbul selepas itu. Masa nilah ada rakan-rakan bertanya kenapa tak boleh nak masuk blog. Saya pun pelik juga sebab saya boleh masuk je dengan guna wifi. Rupa-rupanya, blog ini tidak dapat diakses dengan menggunakan LAN. Masalah mungkin berpunca daripada laluan ke server yang dilencongkan dan menyebabkan masalah loading yang lambat.

Oleh itu, bagi mereka yang bertanya cara untuk membaca blog ini, dibawah ini adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini:
  1. Menggunakan proxy untuk LAN, seperti ultrasurf (plugin) ataupun website proxy seperti bypassthat.
  2. Menggunakan wifi.
  3. Menggunakan Google Reader. Kalau guna cara ni, hanya boleh baca sahaja dan tidak boleh komen. Saya dah sediakan full feed untuk RSS.
  4. Menggunakan perisian FEED RSS yang dipasang terus ke dalam komputer.
  5. Menggunakan servis di anonymouse.org atau klik terus pautan ni >> http://anonymouse.org/cgi-bin/anon-www.cgi/http://beliamuda.com
Buat masa ini, itu sahaja cara yang boleh digunakan. Kalau anda tahu alternatif lain, sila beritahu. Cara paling mudah ialah wifi, tapi disebabkan bukan semua dapat guna wifi, saya sarankan penggunakan Google Reader (bagi yang ingin membaca sahaja) atau proxy (bagi yang nak baca dan komen). Terima kasih.

Rujukan untuk menggunakan Google Reader (mudah je nak guna) - JustKhai

beliamuda
: sape2 yang ada banyak gambar untuk Cheme Dinner, silalah update di sini. ok je rasanya kalau ada dua tiga update pasal dinner semalam...

No comments: