Friday, February 10, 2012

Anak Saudara Pertama CJ7

Just Copy & Paste From My Blog. Menyambut kelahiran anak saudara pertama CJ7. (^_^)

FEB 7, 2012


Istimewa: Kehadiran Itu

Sunyi betul blog ini.
Sapu habuk sikit.
(^_^)
Kali ini nak cerita tentang orang baru.
Seorang yang telah hadir ke dunia.
Anak saya yang telah ditunggu-tunggu telah tiba!

Alhamdulillah

Saya tulis full story, siap gambar lagi.
(n_n)

Kehadiran Itu


Friday, February 3, 2012

#Lecturer'sWords #3 : Miss Penny

#Lecturer'sWords #3 : Miss Penny 

Lets listen to her
(^_^)


Friday, January 27, 2012

|| #Lecturer'sWords #2 : Dr Kuzi ||

Pesanan Pensyarah buat Warga CJ7.
Dr Ku Zilati 
(^_^)


|| #Lecturer'sWords #1 : Dr Lukman ||

Pesanan buat warga CJ7.
Dr Lukman Ismail
(^_^)


Tuesday, January 17, 2012

#CJ7FareWell


Salam
#CJ7FareWell Photo Shooting

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia



















Wassalam
(^_^)

Sunday, January 8, 2012

|| #CJ7.FareWell Video Teaser ||

Salam.
Baru2 ni join dak2 CJ7 edarkan souvenir kepada lecturer2 yg penah mengajar warga CJ7 sejak dr 2008 hingga 2011. Maybe ade yg terlepas dr list. Tapi insyaAllah mostly suma dapat.
Token of appreciation tu sgt kecik bandingannya dgn ape yg telah dorg curahkan. 
Semoga kenangan warga CJ7 dgn diorg tetap menjadi ingatan.
Video full yg mengungkapkan kata2 nasihat dan semangat dr lecturer2 bakal diterbitkan kemudian.
Just keep in touch.
(^_^) 

Tunggu la teman habis paper esok ek, baru teman start wat full video. (^_^)

Wassalam
(^_^)


Tuesday, January 3, 2012

|| Farewell #3: 2011. Selamat Tahun Baru 2012 ||


Salam 2012.
Salam Tahun Baru buat semua.
Farewell ketiga adalah farewell utk tahun 2011. Akhirnya 2011 menutup tirainya dan 2012 memulakan langkah  nya semalam. Oh ya, dramatiknya, aku menyambut kehadiran tahun 2012 di atas katil dgn tido yg sgt lena. Haha. Tahniah la. pas isyak ngantuk giler, terus tido. Org len byk yg wat post khas utk ringkasan 2011. Aku nk wat ke tak ek? Entahla. Setahun berlalu sgt pantas. 2011 dulu aku mulakan dgn mood habis intern. Rasenye skang pun mcm baru je lagi habis intern. Sedar2 dah habis pun setahun. Kalo secara ringkasnya, ape berlaku pada tahun 2011 adalah aktiviti2 sebagai pelajar tahun akhir. Apa kata korg scroll je archives kat sebelah tu utk 2011 punye. Xpun, klik je la sini --> 2011
Ade 178 post pada tahun 2011. So, itu lah yg berlaku. (^_^)



Tutup kisah 2011. Mari usha plak ape yg dah berlaku pada 2012 walaupun baru sehari berlalu. Malam tahun baru tu, seorg osmet aku, Adi Aizat telah mengemail geng2 CJ7 utk ke bermandi manda ke Teluk Batik. So, ramai la yg respon. Jadi, pada pagi 1 Januari 2012, seramai 18 warga CJ7 telah bergerak menuju ke Teluk Batik dgn menaiki 5 kereta. Program yg baru dirancang pada akhir tahun 2011 utk berlangsung dgn penuh kenangan manis bersama rakan2.

Secara ringkasnya, mula2 kami bfast di Restoren Taman Maju (RTM) dimana tmpt tu dah jadi tempat bfast rutin bg aku dan beberapa rakan twitter yg lain. Pastu terus gerak gi Teluk Batik. Dlm kul 10 sampai sana dan terus terjun ke laut. Selepas beberapa kali selam dan lompat, dak2 ni mula mencuba aktiviti sukan air plak. 2 sukan air yg kitaorg try iaitu SideKick/AirHead and Banana. Yg mencabarnya adalah SideKick/AirHead. Sekali naik, 3 org. Memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Ade yg tercampak. Awesome. Tapi aku berjaya stay bersama 2 lagi rakan seboat, Syazwan dan Acap. Satu2nya trip yg tak tercampak dr 4 trip yg ada. Hehe.









Pas penat bermain sukan air, ramai yg siap2 terus mandi air bersih di bilik air. Tapi aku ngan syazwan masih belum puas. Kitaorg amik pelampong masing2 dah memukan trip menaiki pelampong dr ujung ke ujung pantai. Di pertghan, sorg lagi join iaitu azizi. On the way patah balik, trip kami dia di spoiled sebab rakan2 yg lain suma dah siap2 nk balik. Jadi, kami pun berangkat la pulang. sedar2 dah pukul 1 tgh hari. mmg burn sungguh la.Haha.

3 org terakhir iaitu aku, syaz n zizi mandi kat umah aku je. pas mandi terus solat zohor dan lunch disana. Geng2 lain dah gerak dulu n makan di McD Manjung. Pas dorg selesai makan, dorg ckp nk singgah kejap umah aku. Tapi maklumla, kepenatan bermandi manda mengatasi segalanya, Tiba je kat umah aku, suma membongkang kat ruang tamu keletihan. Akhirnya, 2 jam gak ar lepak umah aku. Dlm kul 4 dorg bergerak pulang ke UTP. Selesai.


Aku n Syafiq pulang lmbt skit. CBK ditinggalkan di Manjung sebab adik aku nk test lesen kete ngan JPJ esok. So, hari ni dia nk prektis. So, aku bawak la kete ayah aku ke UTP. Oh ya, 2nd car. Before pulang ke UTP, sempat sental buah durian singgit sebiji kat gerai buah tepi jalan.

So, begitulah kisahnya di hari pertama tahun 2012. Kenangan manis bersama rakan2 yg akan berpisah xlama lagi. Xlama. 10 hari je kot.Maybe. Itupun kalo jumpa kat sini lagi. Final exam akan bermula khamis ni, 5 Januari 2012. All the best pada semua. (^_^)

Wassalam
(^_^)

|| Farewell #2 : CJ7 ||


Salam
Alhamdulillah.
Setelah hampir 3 bulan memulakan persiapan utk melangsungkan #CJ7FarewellDinner, akhirnya majlis utk berjaya diadakan dgn jayanya.
Walaupun sibuk dgn pelbagai kerja2 akademik termasuk la di troll oleh lecturer2 yg mungkin ahli 9gager, pihak organizer berjaya membuat persiapan sehinggalah majlis ini menjadi majlis yg terindah buat warga CJ7.
Majlis diadakan di Room 9, Pocket D, UTP.
Bermula 8 malam dan berakhir 12.30 malam.
Sebelum tu, mari bace komen2 CJ7 mengenai  #CJ7FarewellDinner. <-- Sila Klik.
Mari saksikan gmbr2 yg akan menjadi kenangan buat kami semua di masa hadapan.






















Wassalam
(^_^)

Sunday, November 27, 2011

Rangkuman Perlawanan ChemE Premier League Edisi Terakhir



Cheme Premier League (CPL) merupakan satu pertandingan futsal yang diadakan untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar lelaki Chemical Engineering batch Jan 07 di UTP. CPL pada awalnya hanya dimainkan sekadar suka-suka selepas setiap kali habisnya peperiksaan akhir semester. Namun, pada akhir tahun 2009, ia mula dijadikan sebagai satu pertandingan yang serius antara kaum lelaki untuk merebut kejuaraan CPL.

Semalam, CPL edisi terakhir telah menutup tirainya dengan jayanya. Macam biasa, semua orang tertunggu-tunggu siapakah juara CPL edisi terakhir ini. Jom baca rangkuman dibawah.

Pejambubeh 



Pejambubeh merupakan serpihan pasukan Ring Ring Dong yang merana teruk semasa CPL edisi pertama. Walaupun memegang status sebagai pasukan ‘underdog’, Pejambubeh tampak yakin untuk mengucup kejuaraan CPL edisi terakhir ini. Namun perjalanan CPL untuk Pejambubeh agak terencat selepas kehilangan Pojie The Monster dan bekas ketua pasukan, Ah Seng yang cedera serta Syapik Drogba yang berhijrah Faramel. Namun skuad yang diketuai Mus Persie langsung tidak menunjukkan perasaan gentar. Dengan dibarisi pemain seperti Super Sap, Faiz Cekeding, Zee, Din Tidor, Azfar Kuci-Kuci Caca dan Kacang, pasukan ini pada awalnya dilihat mempunyai peluang untuk memberi cabaran untuk pasukan lain. Namun ketumpulan bahagian serangan ketika menyudahkan peluang terhidang serta pertahanan yang agak longgar menyebabkan mereka hanya mampu menjaringkan 2 gol dan bolos 9 sepanjang lima perlawanan. Akibatnya, pasukan ini hanya menang satu perlawanan dan tewas kesemua perlawanan yang lain. Antara rekod terburuk dalam sejarah CPL.

Gantan 



Gantan boleh diumpakan sebagai The Galaticos untuk kempen CPL kali. Pasukan ini telah berbelanja besar dengan membeli kelengkapan tambahan seperti jersi baru, susu protein untuk tenaga dan otot. Ditambah lagi dengan pembelian dumbell untuk menguatkan lagi otot badan, susuk tubuh pemain Gantan sudah cukup menggerunkan lawan. Pasukan ini turut berbelanja besar dengan menggunakan seorang pemain naturalisasi daripada UIA, Suadi untuk menguatkan jentera serangan. Namun taktik psikologi dan kotor ini nampak seperti sia-sia. Walaupun pasukan kendalian Ong Kim Yao ini dibarisi pemain yang kelihatan menggerunkan seperti Jak Terminator, Amin Suarez, Nuar Jong Kook, The White Twins (Farhan & Amir) serta Unstoppable Jahar, namun mereka masih gagal untuk mendominasi permainan. Betullah kata Mat Salleh iaitu “Money is not everything”. Gantan hanya merekodkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan sepanjang CPL ini. Barisan pemain pasukan ini juga masih kurang seimbang kerana mampu menjaringkan 6 gol tetapi bolos dengan 6 gol. Ini sekaligus menutup peluang untuk Gantan menjuarai CPL untuk kali pertama. Memang dah tertutup pun. kui3

Chemical Assesment 



Chemical Assesment (CA) merupakan pasukan tertua diantara pasukan CPL yang lain. Mula ditubukan pada tahun 2008 sempenan Family Day V1, pasukan ini mula mengorak langkah untuk menjadi antara pasukan terbilang dalam kalangan Cheme Jan 07 dan pernah mengucup gelaran CPL sebanyak sekali. CA dibarisi dua penggempur yang sangat bernafsu didepan gol iaitu Nash Hunter dan Syaz The Killerz. Dibantu oleh Amin Ferdinand, Sap Diah, The Heartless Zack, Gorila Kamil serta Adi Statik, CA antara calon yang dikatakan mampu membawa trofi kejuaraan edisi terakhir ini. Namun barisan pertahanan agak goyah. Sepanjang CPL edisi terakhir ini, pasukan CA telah merekodkan 9 gol bolos namun barisan hadapan yang sangat berbisa berjaya mengimbanginya dengan menjaringkan 12 gol. Keseluruhannya, CA telah menang 3 perlawanan dan kalah 2 perlawanan, satu petanda yang cukup jelas bahawa CA ni bukan kuat sangat pon.

Faramel



Faramel turun sekali lagi dalam CPL bersama misi menjuarai CPL untuk kali pertama, seperti misi-misi mereka sebelum ini yang tak pernah berubah. Pasukan ini dibarisi oleh Amr Andriano dan Abughaly, pemain daripada juara Piala Afrika iaitu Egypt; Atif, pemain yang daripada negara yang menjuarai Piala Asia Selatan iaitu India serta Syafiq dan Raj dua pemain daripada negara yang menjuarai piala AFF Suzuki iaitu Malaysia. Dan tak lupa seorang pemain daripada negara yang tak pernah menang apa-apa, Yaman iaitu Sami. Walaupun kehilangan seorang lagi pemain keturunan Yaman iaitu Zaki, pasukan ini turun ke gelanggang dengan yakin dengan berbekalkan 3 pemain bersaiz gergasi. Namun saiz badan tidak menjanjikan apa-apa. Faramel hanya mampu mencatatkan dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan dengan menjaringkan 6 gol dan bolos 4 gol. Sungguh power pasukan yang berjaya menewaskan pasukan Faramel ini. Tapi, Faramel merupakan satu-satunya pasukan yang mencatat paling sedikit kekalahan dalam CPL kali ini. Gud job!

Oreo 




Oreo turun tanpa dua tonggak berbisa mereka iaitu Azhari yang berkelana di luar negeridan juga Mr Yao yang mengalami kecederaan teruk. Namun, bekas juara CPL sebanyak dua kali ini kembali dengan barisan bintang yang sama iaitu Farmee Farmville, Aik Blur, Loh dan Abu Ray serta diperkuatkan lagi dengan kehadiran Hamzah The President dan juga Syafiq. Untuk CPL edisi terakhir ini, Oreo dilihat lebih banyak bergantung kepada Loh, pemain berbisa daripada Thailand yang juga keturunan Kiatisuk Senamuang untuk menjana gerakan dan juga mengawal pertahanan. Namun, kehilangan pemain paling seksi dalam sejarah CPL, Azahari dilihat memberikan impak yang besar kepada Oreo. Barisan serangan mereka hanya mampu menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan dan juga bolos sebanyak enam gol. Seperti slogan Oreo, “ Putar, Jilat dan Celup”, akhirnya pasukan Oreo tercelup ke tangga bawahan. Kui3

The Nerds 



The Nerds merupakan salah satu pasukan yang sering bersaing rapat dalam merebut kejuaraan CPL. Dalam edisi-edisi sebelum ini, The Nerds seringkali gagal untuk meraih gelaran juara walaupun kadang-kadang dilihat hampir menjadi juara. Pasukan ini diketuai oleh Projek Manager CPL kali ini iaitu Hafiz Micro bersama ahli pasukan yang lain seperti pemain bertubuh kecil ala Theo Walcott iaitu Cipot, Dharveen, Nijey Cassilas, Acap Mesra, Mamat Kurus dan juga Mayaq Idop. Dalam CPL edisi terakhir, The Nerds merupakan satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan pasukan gergasi, Faramel. Berbekalkan kelincahan Cipot dibahagian serangan, The Nerds dilihat semakin mengganas dalam setiap perlawanan. Namun aksi yoyo dan juga keletihan menyebabkan mereka hanya mampu mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan. Dengan 7 gol dihasilkan serta bolos 4 gol, pasukan ini dilihat antara pasukan paling seimbang dalam setiap posisi dalam CPL kali ini.

Kerepek 



Kerepek merupakan satu pasukan mitos dalam sejarah CJ7. Walaupun telah lama mengundur diri dalam arena futsal dan tidak bertanding dalam CPL kali ini, namun kejantanan pasukan ini masih diingat sampai bila-bila. Aku harap apabila warga CJ7 menimang anak lelaki, mereka akan menceritakan kehebatan Kerepek FC sebelum anak mereka tidur dan juga sebagai pembakar motivasi. Kisah kehebatan Kerepek boleh dibaca diSINI.

*****

Jadi siapakah pemenang ChemE Premier League edisi terakhir ini? Pemenang CPL kali ini tidak akan diberitahu kerana menghormati keputusan ahli JKKK Cheme Jan 07 yang mahukan keputusan diumumkan secara rasmi semasa Dinner CJ7 nanti. Namun aku yakin, dengan berbekalkan sedikit info dari atas anda semua pasti dapat mengagak siapakah pemenang CPL kali ini. hehehe

Sukarelawan CPL

Kepada semua pemain, tahniah di atas sokongan anda, walaupun ada antara kamu semua yang nak cuba main tipu dan membuat provokasi terhadap pengadil kah3. Terima kasih kepada penganjur, AJK minuman iaitu Hanifi dan Luqman yang juga merangkap sebagai jurukamera, kepada aku sendiri dan Pojie yang dapat mengadili perlawanan secara professional serta mereka yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan CPL edisi ini. Syabas kepada semua =D

Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lari lain!

Laporan asal oleh Hazwan Arif (kalampatah.blogspot.com)