Friday, November 27, 2009

Ikhlas dari kami - Salam Aidiladha~!

note: this is copy-pasted from mr syazwan's blog entry

-------------------------

Pagi tadi, beberapa warga ChemE Jan 07 (CJ7) telah terlibat dalam menjayakan rancangan SAMPAIKAN di Radio CJ7.fm

Rancangan ini disiarkan khas bersempena cuti semester UTP dan Hari Raya Aidiladha. Terima kasih diucapkan pada DJ-DJ radio CJ7.fm, Encik HANIFI (http://beliamuda.com/) dan Encik ABU HUZAIFAH (http://maercaestro.blogspot.com/).

Kita ikuti ucapan-ucapan mereka.

SAFWAN ATAN - http://sap-perform.blogspot.com/

di kesempatan ini..

nk megucapkan selamat hari raye maap zahir dan batin kepda semua yg mengenali diri terutamenye lecturer yg sangat baek hati yg mengeluarkan soklan2 yg sangat 'senang'…

semoge mereka dlm mood yg baek semase menanda kertas kita..so kte leh dpt markah lebih

and also kepda semua warga cj7 semoge bergembira di musim cuti..

jage diri leklok :D


LUQMAN HAKIM - http://penampalposter.blogspot.com/

saya tujukan ucapan kepada nuar yg tengah main PES bersama Pojak..

x lupa juga kepada rumate yg dah tidur..dan kawn baik yg kat cafe v5..

terakhir sekali..kepada ibu bapa n family tercinta..doakan anakanda dapat tiket balik!!!!

esok pagi baru anakanda beli tiket.. waaaaaaaa

(ko nangis2 sikit bila baca...)


IRDA ZAHARI - http://ixypixy.blogspot.com/

sy tujukan ucapan ini untuk rakan2 sekelas;

selamat bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing.

spend masa sepenuhnya dengan family since this will be the last holiday with family before internship.

jaga diri leklok. yang mane drive tu, drive carefully.

wish you all the best.


UMAIR ZULKEFLI - http://umairzulkefli.blogspot.com/

saya nk wat ucapan kepada sume penunggu GG...

selamat masuk tidur..

sok nk jalan jauh kut..

300++ kilometer tu...

selamat2....

NASRULLAH JAAFAR - http://nashunter.blogspot.com/

Salam pada CJ7...

saya ucapkan selamat bercuti pada semua warga CJ7...

jaga diri bebaik..yg nk drive..drvie carefully...ingatlah org tersayang.

Cuti2 ni...kalo de pape plan sama2...roger je..kite leh kumpul mane2 jejalan sekali kan..hehe...

Kesempatan ni jua.nk ucapkan selamat hari raya Aidiladha....selamat mengerjakan ibadah korban....

Dan jua pada rumate,selamat mengerjakan Umrah. (^_^)

Papepun,mohon ampun maaf,minta halal makan minum serta harata bnde yg terambil secara sengaja mahupun tak.

pada warga Spammer sejati..mari kite truskan connection kite sepnjg cuti nih...hehe..yeah!!!!

salam (^_^)


RUFAIDAH MOKHTAR - http://coretharian.blogspot.com/

i would like to wish "selamat hari raya" and "eid mubarak" to fellow cheme_jan07 or the commercial name, CJ7.

may Allah bless you always and protect you throughout your journey.

time cuti jgn main2 sgt...belajar masak, belajar menjahit, belajar tolong mak ayah, belajar drive (or..kalau dh ada lesen tp tak reti drive mcm saya, mahirkan diri utk drive), kalau nk belajar utk next sem siap2 pun boleh.

selamat meluangkan masa berkualiti dgn keluarga tersayang.

kalau ada adik tgh spm, rajin2 la tlg adik study

kalau ada adik lepas pmr, semoga die dpt result yg baik

love this big family, so take care of urself k ;)

saya nak request lagu "nowseeheart - keluarga bahagia" boleh? hehe

p/s: tak suka perasaan sunyi yg semua org dh balik tp diri sendiri barang pun tak hbs packing lg..nk balik, tp malas kemas..hurmm.

Tuesday, November 24, 2009

Musim Bertuhan

Copy daripada blog sendiri..
Cerita lepas exam...
Harap dapat ambil manfaat...
p/s : ni post lepas tau, jgn salah paham....

original post : http://umairzulkefli.blogspot.com/2009/05/musim-bertuhan.html

May 25, 2009

Musim Ber'TUHAN'

Suatu pagi di tahun 2006...

Jam menunjukkan 4.45am.

"Bagusnya adik-adik form 3 ni, ramai yang bangun solat malam," Getus hati kecilku. Terdetik rasa kagum dan bangga dengan pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini. Ada yang sedang sedang belajar. Persediaan untuk PMR, semoga keputusan mereka cemerlang tahun ini.

1 hari selepas PMR 2006...

"Aik? Mana diorang ni semua? Lesap? Selalunya ramai?" Aku terpinga-pinga sendirian. Waktu yang sama, hanya 1 malam selepas Peperiksaan PMR selesai.


Mungkin fenomena yang berlaku hampir di setiap sekolah apabila musim peperiksaan berkunjung tiba.

Tiap-tiap malam diadakan solat hajat.

Selepas solat hajat bacaan yassin beramai-ramai.

Pagi-pagi ramai yang baca Al-Quran, secara konsisten.

Ma'thurat juga tidak ketinggalan.

Solat malam turut didirikan.

Doanya khusyuk dan sujud diperpanjangkan.

Namun hampir kesemuanya hilang selepas musim peperiksaan. Tuhan hanya dicari ketika adanya keperluan. Menjadikan TUHAN 'keperluan bermusim'. Jika kita buka kepada skop yang lebih luas, ia berlaku kepada hampir semua manusia, di setiap peringkat, pada mana-mana zaman sekalipun.

Solat istikharah hanya ketika ingin bernikah.

Berdoa ketika datangnya kesusahan.

Datang ke surau dan masjid ketika urusan dunia terasa payah diharungi.

Namun ketika Allah telah menurunkan pertolonganNya, dia kembali kepada keadaan asalnya.

"Alah, baru pukul 3, asar pukul 4:30, nanti pukul 4 aku sembahyanglah."

"Baca Al-Quran? Yasin malam Jumaat dahla." (Itupun kalau dia nak baca dan di surau tempatnya pergi ada buat bacaan yasin. Bila dengar kononnya baca yasin di malam jumaat bid'ah, lagilah tak buat)

Mengapa? Mengapa ini semua terjadi?

Fitrah manusia memang akan kembali kepada Tuhan apabila menemui kebuntuan, kepayahan serta kegagalan. Namun kita bukannya hamba yang tidak tahu berterima kasih lagi bersyukur. Jangan melampaui batas!

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[10:12]

Ingatlah Allah di setiap ketika, di setiap sedutan nafas, denyutan jantung, langkahan kaki dan di setiap detik waktu. Bukan hanya di musim-musim tertentu!

p/s : To All UTP 2nd Year 1st Chemical Students, HAPPY HOLIDAY!! (^_^)V

Wednesday, November 18, 2009

ChemE Jan 07 Picnic

Copy Paste from Raj announcement in Google Group...
***
Good Afternoon everyone :) Today, Madiah.Rufi,Fauzi and I have discussed about the details of the picnic...We have came up with some fun and interesting activities that will be held during the picnic. As i mentioned before, We have fixed the date and time for our picnic...The details are as follows:

Saturday, November 14, 2009

Belajar Bahasa Arab : Royal Plural - Suatu Kaedah Bahasa Arab Yang Perlu Difahami

Assalamu'alaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua...
Di sela-sela kesibukan exam nih..mari tambah sikit ilmu tentang bahasa yang agak indah ni...
(copy paste daripada blog jer...)

original post : http://umairzulkefli.blogspot.com/2009/10/royal-plural-suatu-kaedah-bahasa-arab.html

Oct 20, 2009


Royal Plural - Suatu Kaedah Bahasa Arab Yang Perlu Difahami





"Assalamu'alaikum saudara. Saya nak tegur sikit. Saudara telah menggunakan tatabahasa Arab yang salah dalam menulis cerpen saudara."

"Wa'alaikumussalam. Hah, yang mana salahnya?" Sengaja bertanya walaupun telah mengagak apa yang ingin disampaikannya.

"Penggunaan kata ganti diri antum kepada seorang individu. Sepatutnya untuk bercakap dengan seorang, kita akan menggunakan perkataan anta, jika kita sedang bercakap dengan lelaki. Jika dengan perempuan pula, anti. Manakala apabila bercakap dengan lelaki yang ramai pula, barulah kita akan menggunakan antum, untuk perempuan pula antunna," ceritanya panjang lebar.



'Tepat sekali!' jerit hati kecil saya.

"Owh. Itu rupanya, sebenarnya..." saya merespon.

"Jadi harapnya saudara segera membetulkan kesalahan-kesalahan itu, nanti ramai pula kawan-kawan kita yang salah faham dengan penggunaan kata ganti diri Bahasa Arab ini," terangnya terus, sebelum saya sempat meneruskan bicara. Katanya dengan begitu yakin sekali.

"Baik, pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan saudara. Juga ini membuktikan yang saudara membaca cerpen dan artikel-artikel saya. Diharap jika sudah membaca, tinggalkanlah komen. Cikgu saya kata, siapa yang baca blog orang lepas tu tak tinggalkan komen, macam orang buang air besar, tapi tak flush! Haha..tapi itu tiada kaitannya dengan apa yang kita bincangkan sekarang. Kalau saudara nak tahu, saudara adalah orang yang ke-9 yang bertanyakan saya tentang hal ini." Dan kini saya terpaksa menulisnya di dalam salah satu entry blog saya untuk menerangkan kepada semua agar saya tidak perlu lagi menerangkan kepada yang lain tentang hal yang sama. (^_^)

"Hah, kenapa? Salah ke apa yang saya cakap ni? Inilah yang saya belajar di sekolah dulu."



"Ya, apa yang saudara katakan itu ada benarnya. Tetapi jika kita mungkin tidak pernah mendengar tentang Royal Plural."

"Royal Plural? Apa tu? Tak pernah dengar pun?"

"Royal Plural ni bahasa inggerisnya. Kalau dalam bahasa Arab, ia dipanggil At-Ta'zim, yakni pemuliaan. Memang tatabahasa ini jarang dibahaskan oleh orang ramai. Ini merupakan suatu tahap dalam keindahan bahasa-bahasa yang ada dalam dunia ini. Begini. Penggunaan kata jamak ada dua jenis. Plural biasa yang memberi maksud jamak dan Royal Plural yang digunakan untuk menunjukkan pangkat kebesaran seseorang yang dipakai sebagai kata ganti diri bagi mereka-mereka yang berpangkat serta dimuliakan dan mempunyai kebesaran. Konsep ini yang selalu kita baca dalam Al-Quran apabila ada tempat yang Allah membahasakan diriNya sebagai Nahnu yang membawa maksud Kami. Tetapi 'Kami' yang dimaksudkan di situ bukanlah Allah itu ada banyak, tetapi menunjukkan KebesaranNya dan KehebatanNya. Sebab itu ketika Al-Quran ini diturunkan kepada masyarakat Arab, mereka tidak pernah merasa keliru dengan perkara ini kerana memang mereka sudah sedia maklum dalam tatabahasa mereka adanya dua jenis jamak."


"Owh, macam tu ke...tapi tu untuk Allah, macam mana pula dengan kes ini?" Tanyanya kembali.

"Sama juga, kerana bahasa kita agak 'miskin' perbendaharaan kata. Banyak perkataan-perkataan yang menggunakan tatabahasa peringkat tinggi dalam bahasa-bahasa lain yang tidak kita gunakan. Contohnya dalam Bahasa Inggeris, Queen Elizabeth iaitu Ratu United Kingdom juga menggunakan kata ganti diri bagi namanya dengan perkataan 'we' dalam ucapan rasminya yang menunjukkan kebesaran kuasanya dan bukan membawa maksud dia menjadi wakil kepada beberapa raja dan ratu. Untuk pengunaan kata ganti diri kedua yang sama kes dengan penggunaan antum untuk satu individu ini, Bahasa Perancis telah menunjukkan contoh yang baik."

"Oh ya, saya pun pernah ambil Bahasa Perancis. Saya tahu apa yang awak cuba maksudkan. Perkataan 'you' dalam bahasa perancis adalah 'tu'. Tetapi ketika bercakap dengan seseorang yang kita hormat atau orang-orang yang terhormat, kita akan menggunakan 'plural you' iaitu 'vous'. Betulkan apa yang saya cakap ni?"

"Hah..pandai pun. Itulah yang saya cuba maksudkan. Jadi, kesimpulan yang boleh kita bawa di sini adalah, mari belajar Bahasa Arab! Haiyya bil Arabiyah!"

"Betul tu, banyak lagi yang kita perlu pelajari kan? Terima kasih. Pelajaran yang sangat bermakna hari ini. Jazakumullah Khairan Katsiro!"

"Wa-iyya-kum!" Kami bersalaman dan meneruskan urusan masing-masing.