-----------------
Kali ni cerita pasal google group lak atau nama pendeknya GG. GG ni ala-ala yahoo group. Versi google. Sejak diperkenalkan pada warga CJ7 pada bulan februari tahun lalu (2009), GG dah banyak mengubah, memudah dan menyusahkan kami untuk berkomunikasi.
Dari GG ni jugalah lahir spammers2 CJ7 yang berkaliber dan berkarisma. Kalau tengok 'at the real world', spammers adalah satu golongan yang sangat menyusahkan orang dengan menghantar mesej / emel yang tak berfaedah dengan mempunyai kepentingan yang tertentu.
Spammers di GG mengambil konsep yang sama, tapi dengan cara yang lebih berhemah dan berilmiah (ye eh?). Kemunculannya bukan untuk memudaratkan kehidupan seseorang tetapi lebih kepada sembang-sembang merapatkan ukhuwwah melalui internet.
Mungkin kesihatan inbox gmail yang sedikit terganggu disebabkan mesej yang masuk tak henti-henti. (ak ngah backup spammers cj7..jangan mara ek! )
Kat bawah ni statistik yang saya wat untuk GG CJ7 berdasarkan data-data yang diperoleh dari pangkalan data GG. (ni serius xde keje sangat da ni..tetibe lak rajin nak wat =P)
Sebelum tu, sila fahamkan bahawa spam yang dimaksudkan di sini ialah post atau mesej yang dihantar oleh ahli CJ7 GG ke google group.
Graf menunjukkan SPAM vs MONTH untuk tahun 2009
- CJ7 start berGG pada bulan Feb 2009 dengan 656 spam
- Spam tertinggi adalah pada bulan Nov dengan 3356 spam
- Kedua tertinggi adalah pada bulan May dengan 2724 spam
- Kedua-dua bulan tersebut (May dan Nov) merupakan bulan terakhir untuk semester UTP. Jadi kedua-dua bulan tersebut adalah masa di mana student utp baru habis exam.
- Pada bulan jun, jumlah spam turun mendadak kepada 424 spam. Waktu ini merupakan waktu klimaks cuti student utp. GG sunyi.
- Trend ini juga dapat dilihat pada bulan disember. Atas alasan yang sama.
- Jumlah spam untuk tahun 2009 = 15 728 spam!
Jom tengok graf untuk all time spammers lak.
Graf ni menunjukkan 10 orang penghantar mesej (spam) paling banyak ke GG untuk tahun 2009. Untuk pengetahuan, keseluruhan ahli GG CJ7 ialah 90 orang.
Sudah tidak dapat dinafikan lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Dia lah king. Raja spam terulung abad ini. Carta all time spammers 2009 didahului hebat oleh AMINBAEK. Sejak feb 2009, spam yang berjaya dilakukan oleh encik amin adalah sebanyak 1981 spam.
Suatu ketika, amin pernah keluar dari GG untuk berehat dari Spamming. Beberapa cubaan dilakukan oleh spammers2 lain untuk memintas kedudukan amin ketika itu. Yang menakjubkan ialah, beberapa minggu selepas itu amin kembali dalam GG tetapi rankingnya sebagai spammers no 1 GG masih lagi tidak berganjak.
Saya percaya sikapnya yang istiqamah dalam spamming merupakan faktor utama yang membolehkan dia terus berada pada kedudukan ini. (ini bukan cubaan untuk mencemarkan nama amin. amin banyak bagi tazkirah kat GG. n bukak isu2 palestine. spam yang bermanfaat. so, contohilah dia.)
oh, sebelum terlupa. amin merupakan salah seorang pemenang 'CJ7 Top 5 People of The Year' (pehal la bnyk sgt aku up amin kat sini. amin, bukak sem ni kurang2 ko kene belanje aku chicken chop.)
Berbalik pada graf.
- Selepas amin, tangga kedua dihuni oleh nas, diikuti nipi, s**zwa*, safwan atan, lipan (poji), umair, hafiz, beliau, dan luqman.
- Jumlah keseluruhan spam yang dibuat oleh 10 orang ini ialah 9258 spam.
- Ini bermakna 58% keseluruhan spam di GG adalah milik mereka (10 orang all time spammers GG)
- 12.59% spam di GG milik king amin.
- hanya 3 spammers mencecah lebih dari 1000 spam
- Wanita CJ7 tidak tersenarai dalam ranking ini.
- Kaum wanita hanya aktif spamming dan tersenarai dalam ranking ketika awal penubuhan GG ini sahaja. =D
Itu sahaja statistik dan analisis GG CJ7 2009 buat masa ini. Kalau ada nampak error sila betulkan eh. Nak tambah analisa pon bole. Erm..before that, just to inform. CJ7 pernah dapat warning dari google sebab ramai-ramai buat spamming yang melampau-lampau banyaknya pada satu-satu masa. Hebat tak kitorang?