Thursday, January 6, 2011

HARI-HARI TERAKHIR

Dedikasi istimewa buat semua warga CJ 7


Salam semua warga CJ7. Apa khabar adik-adik manis, abang-abang handsome? Saja nak testing untuk entri pertama di blog CJ7.

Macam mana dengan hari-hari terakhir untuk internship kalian?

Adakah sudah selesai dengan bebanan tugasan? : Logbook, details report, presentation dan anak-beranaknya?

Apapun, kepada semua yang sudah selamat dan selesai dengan jayanya untuk semua tugasan yang dinyatakan, sekalung tahniah dan syabas diucapkan.

Kepada mereka yang masih berusaha, berhempas-pulas menyiapkannya, teruskan usaha anda. Selamat maju jaya! Jangan mudah give up, agi iduo agi ngelaban bebeh

Poji, kenapa muka berkerut tuh? Relax, masa masih banyak ke logbook yang tak siap?

Sap Atan? Baru nak start buat logbook ke? Selamat maju jaya

Gang-gang yang intern kat oversea sana, German dan Italy agak-agak camne eh sekarang? Jangan lupa bawa balik ole-ole untuk warga CJ7.

Kepada warga Kulim, kalian memang mantap. Tak habis-habis pergi mandi kat Sg Sedim dak karok. Nnati jangan lupa taruk kat logbook, takpun letak video kat slide presentation,haha.

Sabah, Sarawak? Jauh di seberang laut amacam? Best? Selamat kembali ke semenanjung.

Orang Melaka, kalian dah selesai ke belum? Amin dan Luqman, nampak steady je. Jangan lupa weh, bawak pi jalan-jalan Melaka nanti, satu-satunya negeri yang belum dijejaki. Plan la buat lawatan rasmi CJ7,haha

Tidak dilupakan kepada warga Kerteh yang gantang-gantang dan comel-comel. Selamat menghabiskan sisa waktu anda di negeri penyu, Terengganu Darul Iman. Luangkan masa kalian untuk acu cuba try test ICT (baca: ikan celup tepung), KL^2 (baca: kerepok losong, kerepok lekor) dan sekufu dengannya.

Kawan-kawan area KL dan lain-lain tempat amacam? Sedih ke gembira dah nak abis intern ni?
Yang intern kat Johnson&Johnson ataupun Palmolive tuh, balik UTP nanti boleh la bukak bisness jual barang kosmetik dan penjagaan diri. Jangan lupa bawak balik stok banyak-banyak. Ramai warga CJ7 nak jadi pelangan ni.

Nije dan Acab, amacam demo kat Gebeng? Harap-harap, keseimbangan terma berlaku antara mereka (maksud : nijam mengecil, acab membesar). Jumpa next sem weh.

Tak dilupakan juga kepada kuman di depan mata alang-alang gajah seberang laut sudah nampak iaitu AMDers
Warga AMDers, selamat menajalani presentation pada esok hari, 7 Januari 2011. All the best my friends.

Kepada yang tak tersebut di sini, jangan kecik hati atau terkengsot perasaan. Entri santai-santai untuk memeriahkan lagi blog CJ7 yang sedikit berhabuk dan berdebu.

Akhir kata dari penulis, selamat menempuhi hari-hari terkahir bergelar TRAINEE untuk INDUSTRIAL TRAINING aka INTERNSHIP.

Jumpa lagi 24hb Januari 2011 dan selamat menempuh alam FINAL YEAR.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua bakal ABANG-ABANG dan KAKAK-KAKAK FINAL YEAR