It's been a long 18 weeks of internship (err...how's the weekly reports going? :P), 14 more weeks to go (baca dengan penuh motivation dan semangat)! Starting to miss UTP and its people..and of course CJ7 (mind you...it's just UTP & the people..not missing the class, lectures, assignments, tests, exams yet) .
mohon izin untuk alih bahasa
Geng CJ7 Kulim sudah melaksanakan tanggungjawab bercerita pengalaman masing2 di sana, tak lupa juga geng CJ7 Melaka..maka tibalah giliran kami dari PFK (Gurun Girls and SP Boys) untuk membuka hikayat pahit jerih suka duka berinternship di sini. Penulis akan menggunakan nama "UTPFK" sebagai kata ganti nama bagi kami CJ7 berenam di sini (Baha, Fahmi, Rufy, Syaz, Xixi, Zaki...in alphabetical order) + Liza EE. Credit to Mrfarme Feemo for the name =)
UTPFK setakat ini masih tiada aktiviti2 gempak bersama seperti Geng Kulim...mungkin disebabkan jarak yang jauh antara Gurun Girls dan SP Boys (kira2 20 minit travel melalui highway) yang menyukarkan perancangan2 aktiviti bersama. Namun, insyaAllah, kami masih punya 3.5 bulan untuk naik ke puncak Gunung Jerai tu (antara cita2 awal sejak mula internship).
Antara aktiviti bersama yang sempat dilakukan di luar waktu kerja ialah jamuan makan2 di rumah Gurun Girls merangkap farewell untuk senior trainees merangkap house-warming jemput jiran2 terdekat makan sate + laksam pada 07/07/2010 (sebulan bekerja). Maaf tiada gambar untuk aktiviti sulung ini. Kami terlampau penat melayan tetamu tak sempat nak posing2 bergambar. Gurun Girls agak berbangga dapat buat jamuan bagi orang makan dengan keadaan rumah tak cukup pinggan mangkuk dan perabot (malam nak buat jamuan, petang tu jugak baru cari dulang kt kedai..sebab takde pinggan besar nk hidang sate :D).
Seterusnya pada 03/09/2010 kami berbuka bersama di Cinta Sayang Resort (ni kira kawasan perumahan SP Boys la ni). Disertakan gambar:
(yang bertshirt hitam: abg safwan - staff operation)
(photographer: fahmi)
Tak lama kemudian raya pun kunjung tiba. Seperti company2 lain, PFK tak ketinggalan mengadakan sambutan hari raya dengan tema Ghaya@PFK. Artis jemputan pada malam 29/09/2010 itu ialah Hattan dan Ramli Sarip.
smiling faces of UTPFK
penulis bersama the only ladies in HSE Department
dari kiri: kak ayun (exec health), kak ija (secretary dept), trainee, kak su (exec fire&safety)...kak milah (nurse HSE) tiada dalam gambar

dari kiri: kak ayun (exec health), kak ija (secretary dept), trainee, kak su (exec fire&safety)...kak milah (nurse HSE) tiada dalam gambar
Nak tahu tentang tempat kerja kami pula? Jom kita ronda2~ (Kebetulan Rufy, Xixi, Syazwan - dibantu juga oleh Fahmi - terlibat dengan projek video under HSE Dept..maka dapat permit untuk berphoto-taking dan bervideo-recording). Bak kata orang tua: sambil menyelam, minum air..maka sambil bekerja, kami bergambar.
(lakonan semata-mata)
bila abg man dah jalan ke depan sket, xixi amek gambar kami
lucky us
fyi, the crane is lifting the damaged tank wall after it has been cut to small piece (this is just one pieces...loads more to go)
buat kerja "lillahi ta'ala" :)
rasanya cukup sekadar itu penulis melaporkan dari bumi Gurun, Kedah. insyaAllah, Isnin ini CJ7 bakal bertambah seorang lagi di sini. semoga semakin banyak aktiviti dapat dijalankan...nak naik puncak gunung jerai!
semoga rakan2 CJ7 di tempat lain semua sihat2 juga..kaut sebanyak mungkin pengalaman ye.
semoga rakan2 CJ7 di tempat lain semua sihat2 juga..kaut sebanyak mungkin pengalaman ye.
counting the weeks,
Rufaidah Mokhtar
Taman Ria Mesra 1,
Gurun, Kedah
9.58pm
09/10/10
Rufaidah Mokhtar
Taman Ria Mesra 1,
Gurun, Kedah
9.58pm
09/10/10