Monday, July 13, 2009

:: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 [14-18 Julai 2009] ::

*************************************************************************************

29 peserta meriahkan tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

MAJLIS Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 yang bermula esok hingga 18 Julai adalah acara dinantikan mereka yang mengikuti perkembangan qari dan qariah serta ternanti-nantikan kemunculan mereka memperdengarkan bacaan merdu ayat al-Quran.

Bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, seramai 29 peserta mewakili 14 negeri bakal memeriahkan majlis yang mengajak umat Islam dan bukan Islam yang berminat untuk mendalami ilmu pembacaan al-Quran secara berlagu.

Malah, johan menunggu iaitu qari dan qariah yang kedua-duanya mewakili Perak turut mengambil bahagian kali ini. Mereka ialah johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-51, Shamsul Ariffin Saban @ Supian dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman.

*************************************************************************************

-->Keratan akhbar atas garisan (online) Berita Harian,Isnin,13 Julai 2009 | 20 Rejab 1430H.


Jemput2 semua warga UTP khususnya, warga negeri Perak amnya dan warga Malaysia keseluruhannya.

Bak kate papan2 tanda kat OBS, Experience of A Lifetime...


P/s:

-->RTM dtg wat Live dowh.nk masuk TV,jom dtg reramai ke Chancellor Hall UTP.hehe (alamak,xikhlas dah tu :P)

No comments: