Thursday, September 22, 2011

CJ7 wedding & Jalan2 Raya at Melaka

Assalamualaikum warga CJ7. sorry lambat plak nak update pasal trip to Syu punye wedding.

sebelum ni tak bekesempatan + tunggu gambar cun2 dari faiz. hehe. tapi disebabkan rase

tak sabar nak update, den update dulu la yea.




disebabkan pada 17th September tu ade dua wedding, maka CJ7 ni terpaksa la pecah2,

gerak pegi kenduri asing2. ari tu Nas da update pasal Rufaidah kan? so arini nak citer

pasal Syu punye plak.




rombongan kami ni banyak peringkat. ade yang datang 1 ari awal, ade yg dtg dr jauh.

rombongan dari pantai timur: aku, mad & yuyu, turun Subang dulu untuk kumpul &

gerak dengan Ida Ameera. kami konvoi dengan geng kereta kedua: Ipien, Zura & Alia

yang gerak dari UTP. kitorang sume jumpa kt RNR Seremban around kol 2pm, 16th Sept.

lepas tu, kereta Ida lead untuk sampai kat umah Syu. co-pilotnye, aku la. hee. tak ingat

sangat pun jalan actually. calling2 ayah Syu so tiba kat umah Syu kol 4.50pm


Bersama bakal pengantin *time tu*


Kete kedua


kol 5.30pm camtu terus kitorang tolong mak syu pack kan telur dalam paper bag

& jugak bunga telur untuk pihak lelaki. banyak jugak. total telur 1400 biji. tapi

buat ramai2, so rase seronok je laa. time tu jugak, kereta ketiga sampai:

Izati, Afiaq & Shafiq Gha (mechi)
Upacara isi telur



lepas tu kami pun balik ke Homestay Ipin (bukan Ipien punye) yang dalam Taman tu

jugak untuk berehat.



Sedang tunggu rakan2 bersiap

kitorang datang balik umah syu malam tu


malam tu tak banyak sangat kerja since diorang tempah katering. so kitorang gi

makan je. hee. mula2 makan rojak singapore. meriah sangat rojak tu. ade ayam

ala2 uncle bob, cucur udang, sotong tepung & mende2 biase ade dalam rojak.

lepas tu makan nasi plak lauk asam pedas melaka & ayam goreng. memang terbaik.



usha2 jap, baru la jumpa keje, kitorang prepare bunga rampai.


Lawan bunga rampai sape paling halus


inilah bunga rampai ye adik2


lepas tu, kitorang tolong plak pengantin berinai. hee. part ni, sume orang excited.


Kanan izati, kiri aku. bestnye jadi pengantin :P


Mad tolong inaikan flowergirl, yuyu pun nak join pakai inai :D


lepas abis pakai inai, kitorang pun balik berehat.




17th September


8.30am - breakfast

9.30am - rombongan pengantin lelaki sampai. preparation untuk akad nikah

10.10am - Syuhaidah sah menjadi isteri kepada Ikhwan :'-)


time ni nak batalkan wudhu dengan pakai gelang



Pengantin dengan Keluarga Syu. tiada dalam gambar, Syahirah cz kena pegi fieldtrip PG


mereka2 yang sempat tengok akad nikah. amacam, cuak tak? :P


CJ7 boys yang turut memeriahkan majlis

Ladies dgn pengantin 2nd persalinan



x-CJ7 : Fadhe & Bae

12.30pm - bergerak dari rumah pengantin untuk event kedua: Jalan2 Raya CJ7 di Melaka.


1st destination: umah Aminbaek





menu umah Amin: Ayam goreng & fries. memang kena lah. makan sampai sos nak abis

2nd destination : umah Abu perform. hehe *jangan marah Abu*






Menu: Mee Kari. terbaik punye. sampai kuah kena tambah sebab sedap :D




3rd destination: umah Adi



Menu: Lontong, Nasi Lemak Sambal Udang, kuih Chang.



last destination: umah Sap Atan




Menu: Mihun Sup, karipap, puding roti



6.30pm - bertolak pulang ke destinasi masing2.




p.s: sorry gambar campur2 kualiti. ade terang, ade gelap, ade kelabu. different camera :)

Sunday, September 18, 2011

|| Rufaidah & Muhammad. Tahniah! ||


Salam.
Alhamdulillah. Semalam berlangsunglah majlis pernikahan dua rakan CJ7 di tempat masing2. Rufaidah di Ipoh, Perak dan Syuhaidah di Melaka. Disebabkan hari yg sama, aku dpt pergi satu tempat je iaitu ke majlis pernikahan Rufaidah dan pasangannya, Muhammad di Ipoh, Perak. Tepat jam 9.00 pagi, majlis pernikahan dimulakan di Surau Nur Ramadhan, Kampung Kepayang berdekatan dgn rumah pengantin. Alhamdulillah, 9.20 pagi, pasangan selesai bernikah. Tgh hari tu plak, diteruskan dgn kenduri di rumah pengantin perempuan. Pengantin bersanding 12.15 tgh hari. Majlis selesai sekitar waktu solat zohor. Alhamdulillah.

Buat pasangan Rufaidah dan Muhammad, tahniah diucapkan. Buat seorg rakan di Melaka, Syuhaidah & Ikhwan, tahniah jua diucapkan. Semoga hubungan kalian sentiasa dibawah rahmat Allah swt dan berbahagia di dunia sehingga ke akhirat. InsyaAllah.

As usual, disini diselitkan beberapa gmbr disekitar majlis semlm buat tatapan pembaca. (^_^)

Majlis Pernikahan


Sentuhan pertama (^_^)


Yang hadir di majlis pernikahan


Muhammad & Rufaidah


CJ7


Another CJ7

Bergambar dengan pengantin


Both are my Naqib (^_^)

Wassalam
(^_^)

Sunday, September 11, 2011

|| Kembara Raya CJ7 2011 - Rumah Syazwan ||


Salam.
Alhamdulillah. Semlm berlangsung la Kembara Raya CJ7 2011. Kembara raya kali kedua yg diadakan secara besar-besaran kali ni dianjurkan di rumah Syazwan Zubir, seorg editor video dlm CJ7. Ringkas je nk citer, selepas solat Zohor, suma yg join berkumpul di Masjid An-Nur dgn kenderaan masing2. Selepas cukup suma kereta yg sudi jd pengangkut pada hari tu, kitaorg seramai 9 kete berkonvoi ke rumah Syazwan. Dlm kul 2.30pm gerak dan tiba di sana pada pukul 3.30pm.







Di rumah beliau, kami dihidangkan dgn pelbagai juadah yg amat menyelerakan. Mane tak nye...makan diserbu dan brapa kali tmbh tah. Antara menu hari tu adalah mee kuah, lemang, tembikai, air sarsi, oren dan kuih2 raya. Sedap. Sgt sedap masakan Mak beliau. Dlm kul 5pm, kami ade sesi photography sebagai tanda kenang-kenangan sebelum masing2 mula beransur pulang. 






Terima kasih pada Syazwan dan keluarga di atas kesudian menjemput kami beraya ke rumah beliau. terima kasih atas layanan serta hidangan makanan yg sgt menyelerakan. Dgr citer, dapur tu mmg habis ar makanan di clearkan oleh warga Cj7. Hehe. Terima kasih jugak pada warga Cj7 yg menjayakan aktiviti ni. Pada yg tak berkesempatan, mungkin ade rezki lain kelak. Sama2 keep update dgn aktiviti2 Cj7 ye. 4 bulan je lagi.... (^_^)



Wassalam
(^_^)