Cheme Premier League (CPL) merupakan satu pertandingan futsal yang diadakan untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar lelaki Chemical Engineering batch Jan 07 di UTP. CPL pada awalnya hanya dimainkan sekadar suka-suka selepas setiap kali habisnya peperiksaan akhir semester. Namun, pada akhir tahun 2009, ia mula dijadikan sebagai satu pertandingan yang serius antara kaum lelaki untuk merebut kejuaraan CPL.
Semalam, CPL edisi terakhir telah menutup tirainya dengan jayanya. Macam biasa, semua orang tertunggu-tunggu siapakah juara CPL edisi terakhir ini. Jom baca rangkuman dibawah.
Pejambubeh
Pejambubeh merupakan serpihan pasukan Ring Ring Dong yang merana teruk semasa CPL edisi pertama. Walaupun memegang status sebagai pasukan ‘underdog’, Pejambubeh tampak yakin untuk mengucup kejuaraan CPL edisi terakhir ini. Namun perjalanan CPL untuk Pejambubeh agak terencat selepas kehilangan Pojie The Monster dan bekas ketua pasukan, Ah Seng yang cedera serta Syapik Drogba yang berhijrah Faramel. Namun skuad yang diketuai Mus Persie langsung tidak menunjukkan perasaan gentar. Dengan dibarisi pemain seperti Super Sap, Faiz Cekeding, Zee, Din Tidor, Azfar Kuci-Kuci Caca dan Kacang, pasukan ini pada awalnya dilihat mempunyai peluang untuk memberi cabaran untuk pasukan lain. Namun ketumpulan bahagian serangan ketika menyudahkan peluang terhidang serta pertahanan yang agak longgar menyebabkan mereka hanya mampu menjaringkan 2 gol dan bolos 9 sepanjang lima perlawanan. Akibatnya, pasukan ini hanya menang satu perlawanan dan tewas kesemua perlawanan yang lain. Antara rekod terburuk dalam sejarah CPL.
Gantan
Gantan boleh diumpakan sebagai The Galaticos untuk kempen CPL kali. Pasukan ini telah berbelanja besar dengan membeli kelengkapan tambahan seperti jersi baru, susu protein untuk tenaga dan otot. Ditambah lagi dengan pembelian dumbell untuk menguatkan lagi otot badan, susuk tubuh pemain Gantan sudah cukup menggerunkan lawan. Pasukan ini turut berbelanja besar dengan menggunakan seorang pemain naturalisasi daripada UIA, Suadi untuk menguatkan jentera serangan. Namun taktik psikologi dan kotor ini nampak seperti sia-sia. Walaupun pasukan kendalian Ong Kim Yao ini dibarisi pemain yang kelihatan menggerunkan seperti Jak Terminator, Amin Suarez, Nuar Jong Kook, The White Twins (Farhan & Amir) serta Unstoppable Jahar, namun mereka masih gagal untuk mendominasi permainan. Betullah kata Mat Salleh iaitu “Money is not everything”. Gantan hanya merekodkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan sepanjang CPL ini. Barisan pemain pasukan ini juga masih kurang seimbang kerana mampu menjaringkan 6 gol tetapi bolos dengan 6 gol. Ini sekaligus menutup peluang untuk Gantan menjuarai CPL untuk kali pertama. Memang dah tertutup pun. kui3
Chemical Assesment
Chemical Assesment (CA) merupakan pasukan tertua diantara pasukan CPL yang lain. Mula ditubukan pada tahun 2008 sempenan Family Day V1, pasukan ini mula mengorak langkah untuk menjadi antara pasukan terbilang dalam kalangan Cheme Jan 07 dan pernah mengucup gelaran CPL sebanyak sekali. CA dibarisi dua penggempur yang sangat bernafsu didepan gol iaitu Nash Hunter dan Syaz The Killerz. Dibantu oleh Amin Ferdinand, Sap Diah, The Heartless Zack, Gorila Kamil serta Adi Statik, CA antara calon yang dikatakan mampu membawa trofi kejuaraan edisi terakhir ini. Namun barisan pertahanan agak goyah. Sepanjang CPL edisi terakhir ini, pasukan CA telah merekodkan 9 gol bolos namun barisan hadapan yang sangat berbisa berjaya mengimbanginya dengan menjaringkan 12 gol. Keseluruhannya, CA telah menang 3 perlawanan dan kalah 2 perlawanan, satu petanda yang cukup jelas bahawa CA ni bukan kuat sangat pon.
Faramel
Oreo
Oreo turun tanpa dua tonggak berbisa mereka iaitu Azhari yang berkelana di luar negeridan juga Mr Yao yang mengalami kecederaan teruk. Namun, bekas juara CPL sebanyak dua kali ini kembali dengan barisan bintang yang sama iaitu Farmee Farmville, Aik Blur, Loh dan Abu Ray serta diperkuatkan lagi dengan kehadiran Hamzah The President dan juga Syafiq. Untuk CPL edisi terakhir ini, Oreo dilihat lebih banyak bergantung kepada Loh, pemain berbisa daripada Thailand yang juga keturunan Kiatisuk Senamuang untuk menjana gerakan dan juga mengawal pertahanan. Namun, kehilangan pemain paling seksi dalam sejarah CPL, Azahari dilihat memberikan impak yang besar kepada Oreo. Barisan serangan mereka hanya mampu menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan dan juga bolos sebanyak enam gol. Seperti slogan Oreo, “ Putar, Jilat dan Celup”, akhirnya pasukan Oreo tercelup ke tangga bawahan. Kui3
The Nerds
The Nerds merupakan salah satu pasukan yang sering bersaing rapat dalam merebut kejuaraan CPL. Dalam edisi-edisi sebelum ini, The Nerds seringkali gagal untuk meraih gelaran juara walaupun kadang-kadang dilihat hampir menjadi juara. Pasukan ini diketuai oleh Projek Manager CPL kali ini iaitu Hafiz Micro bersama ahli pasukan yang lain seperti pemain bertubuh kecil ala Theo Walcott iaitu Cipot, Dharveen, Nijey Cassilas, Acap Mesra, Mamat Kurus dan juga Mayaq Idop. Dalam CPL edisi terakhir, The Nerds merupakan satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan pasukan gergasi, Faramel. Berbekalkan kelincahan Cipot dibahagian serangan, The Nerds dilihat semakin mengganas dalam setiap perlawanan. Namun aksi yoyo dan juga keletihan menyebabkan mereka hanya mampu mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan. Dengan 7 gol dihasilkan serta bolos 4 gol, pasukan ini dilihat antara pasukan paling seimbang dalam setiap posisi dalam CPL kali ini.
Kerepek
Kerepek merupakan satu pasukan mitos dalam sejarah CJ7. Walaupun telah lama mengundur diri dalam arena futsal dan tidak bertanding dalam CPL kali ini, namun kejantanan pasukan ini masih diingat sampai bila-bila. Aku harap apabila warga CJ7 menimang anak lelaki, mereka akan menceritakan kehebatan Kerepek FC sebelum anak mereka tidur dan juga sebagai pembakar motivasi. Kisah kehebatan Kerepek boleh dibaca diSINI.
*****
Jadi siapakah pemenang ChemE Premier League edisi terakhir ini? Pemenang CPL kali ini tidak akan diberitahu kerana menghormati keputusan ahli JKKK Cheme Jan 07 yang mahukan keputusan diumumkan secara rasmi semasa Dinner CJ7 nanti. Namun aku yakin, dengan berbekalkan sedikit info dari atas anda semua pasti dapat mengagak siapakah pemenang CPL kali ini. hehehe
Sukarelawan CPL |
Kepada semua pemain, tahniah di atas sokongan anda, walaupun ada antara kamu semua yang nak cuba main tipu dan membuat provokasi terhadap pengadil kah3. Terima kasih kepada penganjur, AJK minuman iaitu Hanifi dan Luqman yang juga merangkap sebagai jurukamera, kepada aku sendiri dan Pojie yang dapat mengadili perlawanan secara professional serta mereka yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan CPL edisi ini. Syabas kepada semua =D
Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin |
Laporan asal oleh Hazwan Arif (kalampatah.blogspot.com)