Monday, April 18, 2011

|| CHE-1 --- CHE-3 --- CHEGirlz ||

Salam.
Alhamdulillah. Semalam berakhirlah pertandingan futsal batch Januari 2007.
Wakil course aku terdiri drpd team aku sendiri, CHE-1, CHE-3 dan CHEGirlz. Entah nape ptg semlm cuak semcm je pasal game ni. Padahal antara course batch aku je.

Before Playing

Pasal team CHE-3 dan CHEGirlz,aku xtau sgt perjalanan perjuangan dorg. Tp resultnya, CHE-3 berjaya menduduki tempat ke-4 selepas tewas dgn team ICT-BIS di separuh akhir dan EE-3 dlm perlawanan merebut tmpt 3-4. 

Aksi 1 CHE-3
|| Aksi CHE-3- Kerol-Mus-Fahmi-Azahari-Hamzah-Raj ||

CHEGirlz plak,dorg sgt la perform selepas menjuarai tournament antara team2 wanita. Menang bergaya 2-0 ke atas EE di perlawanan akhir meletakkan dorg di tempat pertama. Tahniah buat dorg.

Aksi 1 CHEGirlz

Juara!
|| Sparta!!! Yuyue-Syu-Syafy-Azura-Irda-Ijat-Madiah-Ida-Hidayah ||



Team aku plak,CHE-1 adalah team Chemical Assessment,dan ada juga dak2 course lain gelar team kitaorg ngan nama Team CPL sebab dorg tau yg kitaorg juara CPL musim lalu. So,perjalanan team CHE-1 adalah bersama-sama ngan EE-1, PE-1 dan ME-1 dlm Group 1. Keputusan perlawanan CHE-1 adalah seperti berikut:

CHE-1 [6] vs [0] PE-1 (Nas-3, Syaz-2,Amin-1)
CHE-1 [0] vs [0] EE-1
CHE-1 [1] vs [0] ME-1 (Poji-1)

CHE-1 [1] vs [0] PE-2 (Nas-1)
CHE-1 [2] vs [0] EE-3 (Nas-1,Poji-1)
CHE-1 [1] vs [1] ICT-BIS (Nas-1) ----> Penalti [2-3] (Zakwan,Poji)


Aksi 2 CHE-1

Aksi 3 CHE-1

We Win!!
|| Mana kaki Amin weh???kagum2 ||


Setelah berjaya menduduki tmpt pertama dlm Group 1 dgn 7 mata, CHE-1 melangkah ke peringkat suku akhir dgn menentang PE-2. Alhamdulillah,berjaya menumpaskan dorg ngan jaringan 1-0. Jaringan tunggal oleh aku. Mara pulak ke separuh akhir menentang EE-3. Team ni tampak lebih mantap dgn kehadiran multi-national player. Namun, Alhamdulillah. Team ni pun berjaya ditewaskan dgn jaringan 2-0 (Nas-1,Poji-1).

Futsal-Partner
|| My Best Buddy in Futsal ||

Maka maralah team CHE-1 ni ke perlawanan akhir menentang ICT-BIS yg telah menewaskan CHE-3 diperingkat separuh akhir. Perlawanan ni begitu sengit dimana team ICT-BIS telah berjaya menyumbat dahulu gol dgn mendahului 1-0. Namun,semangat kental CHE-1 berjaya menyerikan kedudukan 1-1. Namun,kedudukan tu kekal sehingga wisel penamat ditiup. So,kemenangan ditentukan tendangan penalti. Akhirnya, CHE-1 tewas diperlawanan penalti ni dgn jaringan 2-3. (Zakwan-1, Poji-1).

Finalist

Aksi 1 CHE-1

Tewas
|| Muka2 pas tewas penalti di perlawanan akhir ||


Papepun, tahniah buat team CHE-1. Perform2. Sgt best maen ngan korg. Chemistry mantap. Semoga match ni menjadi persediaan utk CPL-April 2011 yg akan menjelang xlama lagi. Chaiyok2!!!

Winner


Horayy!!
|| Memory 2011 ||


P/s: Credit to rumate, Safwan Diah for the great photos. Thankz bro! (^_^)

          α
Wassalam (^_^)

Friday, March 25, 2011

ChemE Premier League 2011 Menggegar Kembali

Setelah sekian lama menyepi akhirnya ada update sedikit dgn aktiviti CJ7.

Beberapa jam yang lalu, pihak pengajuran dan penaja CPL, Encik Zaki Saeed Ahmed Bahakim telah mengconfirmkan bahawa pertandingan futsal paling berprestij di bumi UTP, ChemE Premier League kembali menggegarkan court futsal V5. Pertandingan yang di tunggu-tunggu itu bakal berlangsung pada tanggal 30 April 2011.

Untuk edisi ketiga CPL ini, kita dapat lihat beberapa rombakan daripada kalangan peserta. Beberapa krisis kecederaan yang kronik dan serius telah melanda beberapa pasukan top flight yang di jangka mampu memberi saingan sengit untuk edisi terbaru ini. Kehilangan pemain bintang tersebut amat dirasai dan di rindui sentuhan ajaib mereka.

Antara bintang-bintang yang tidak dapat meneruskan perjuangan bersama pasukan kesayangan masing-masing adalah Beliau yang mengalami patah peha dan Ah Seng akibat back problem yang kronik. Walaupun Ah Seng dalam proses pemulihan dan menunjukkan perkembangan positif, tetapi tarikh pertandingan yang terlalu singkat membuatkan peluang utk beliau beraksi sgt tipis. Untuk tidak mengecewakan teman sepasukan Ah Seng mengambil keputusan utk menjadi manager sepenuh masa pasukan PeJaMBuBeh. Dgn suntikan semangat baru ini, adalah di harap PeJaMBuBeh bakal merangkul gelaran Juara utk edisi 2011.

Setakat ini, proses pendaftaran masih berlansung. Di jangka semua pasukan dari edisi lalu akan kembali berentap.Setakat ini shaja update CPL 2011.

IDOP CJ7!!!!!

Gambar kenangan dari edisi pertama 2009

Thursday, January 6, 2011

HARI-HARI TERAKHIR

Dedikasi istimewa buat semua warga CJ 7


Salam semua warga CJ7. Apa khabar adik-adik manis, abang-abang handsome? Saja nak testing untuk entri pertama di blog CJ7.

Macam mana dengan hari-hari terakhir untuk internship kalian?

Adakah sudah selesai dengan bebanan tugasan? : Logbook, details report, presentation dan anak-beranaknya?

Apapun, kepada semua yang sudah selamat dan selesai dengan jayanya untuk semua tugasan yang dinyatakan, sekalung tahniah dan syabas diucapkan.

Kepada mereka yang masih berusaha, berhempas-pulas menyiapkannya, teruskan usaha anda. Selamat maju jaya! Jangan mudah give up, agi iduo agi ngelaban bebeh

Poji, kenapa muka berkerut tuh? Relax, masa masih banyak ke logbook yang tak siap?

Sap Atan? Baru nak start buat logbook ke? Selamat maju jaya

Gang-gang yang intern kat oversea sana, German dan Italy agak-agak camne eh sekarang? Jangan lupa bawa balik ole-ole untuk warga CJ7.

Kepada warga Kulim, kalian memang mantap. Tak habis-habis pergi mandi kat Sg Sedim dak karok. Nnati jangan lupa taruk kat logbook, takpun letak video kat slide presentation,haha.

Sabah, Sarawak? Jauh di seberang laut amacam? Best? Selamat kembali ke semenanjung.

Orang Melaka, kalian dah selesai ke belum? Amin dan Luqman, nampak steady je. Jangan lupa weh, bawak pi jalan-jalan Melaka nanti, satu-satunya negeri yang belum dijejaki. Plan la buat lawatan rasmi CJ7,haha

Tidak dilupakan kepada warga Kerteh yang gantang-gantang dan comel-comel. Selamat menghabiskan sisa waktu anda di negeri penyu, Terengganu Darul Iman. Luangkan masa kalian untuk acu cuba try test ICT (baca: ikan celup tepung), KL^2 (baca: kerepok losong, kerepok lekor) dan sekufu dengannya.

Kawan-kawan area KL dan lain-lain tempat amacam? Sedih ke gembira dah nak abis intern ni?
Yang intern kat Johnson&Johnson ataupun Palmolive tuh, balik UTP nanti boleh la bukak bisness jual barang kosmetik dan penjagaan diri. Jangan lupa bawak balik stok banyak-banyak. Ramai warga CJ7 nak jadi pelangan ni.

Nije dan Acab, amacam demo kat Gebeng? Harap-harap, keseimbangan terma berlaku antara mereka (maksud : nijam mengecil, acab membesar). Jumpa next sem weh.

Tak dilupakan juga kepada kuman di depan mata alang-alang gajah seberang laut sudah nampak iaitu AMDers
Warga AMDers, selamat menajalani presentation pada esok hari, 7 Januari 2011. All the best my friends.

Kepada yang tak tersebut di sini, jangan kecik hati atau terkengsot perasaan. Entri santai-santai untuk memeriahkan lagi blog CJ7 yang sedikit berhabuk dan berdebu.

Akhir kata dari penulis, selamat menempuhi hari-hari terkahir bergelar TRAINEE untuk INDUSTRIAL TRAINING aka INTERNSHIP.

Jumpa lagi 24hb Januari 2011 dan selamat menempuh alam FINAL YEAR.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua bakal ABANG-ABANG dan KAKAK-KAKAK FINAL YEAR

Friday, December 3, 2010

CJ7 Meletup Di AMD

24 November 2010  telah menjadi tarikh bermakna bagi wakil CJ7 di AMD. Tercampaknya mereka ke pulau ini telah mebuahkan sedikit hasil. Setelah disemai, disiram dan dibaja dengan ilmu-ilmu dan pengalaman bermakna selama lebih kurang 6 bulan, maka tiba masanya untuk mereka diuji. Pada tarikh ini, lima anak muda dari CJ7 telah menggegarkan dan menggemparkan seluruh warga AMD dengan pencapaian yang mengagumkan. Seluruh warga AMD menggigil dengan kejutan yang diberikan. Sungguh tidak disangka, walaupun baru setahun jagung usia tapi lagak anak muda berlima ini menimbulkan satu fenomena di AMD.

Kepetahan, keyakinan, kebikjaksanaan, kecekapan serta kebolehan yang tinggi anak-anak muda telah berjaya menakluk puncak kemenangan Poster Competition Kaizen Week 2010 AMD. Kebersahajaan Muzakkir, keyakinan Faiz, kelantangan Hazwan, keseriusan Khairuddin dan keazaman Anuar nyata menimbulkan bibit kegaguman dalam kalangan warga AMD. Maka tidak hairan lah, daripada lima anak muda CJ7 yang menyertai pertandingan gilang-gemilang ini, tiga daripadanya berjaya menggondol hadiah utama.Syabas untuk mereka. Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna, demi CJ7 mereka teruskan berusaha untuk menggapai sebuah kejayaan dengan sokongan dan dokongan manager CJ7 cawangan AMD iaitu Mr Faris Muhandisu. Akhirnya, kemenangan keseluruhan menjadi milik mutlak mereka. Sekaligus, membolehkan mereka membolot hadiah berjumlah RM700 secara keseluruhannya.

Maka tidak hairan lah, pemenang tempat pertama, Faiz dan tempat kedua, Anuar telah dirisik oleh seorang manager dari AMD untuk meneruskan perjuangan di sana selepas melepasi alam universiti. Syabas untuk mereka.

Senyuman girang Faiz slepas merembat hadiah utama

Senyuman sopan Anuar bersama SV selepas memenangi tempat kedua
Senyuman Dr Rozmey hehe (No 3)
Dapat hadiah dengan senyuman serius

Tersipu-sipu dengan hadiah sagu hati hehe
Kami bersama trainee dari UUM

Saturday, October 9, 2010

UTPFKians ;)

Salam and Hi to all fellow CJ7ians,

It's been a long 18 weeks of internship (err...how's the weekly reports going? :P), 14 more weeks to go (baca dengan penuh motivation dan semangat)! Starting to miss UTP and its people..and of course CJ7 (mind you...it's just UTP & the people..not missing the class, lectures, assignments, tests, exams yet) .

mohon izin untuk alih bahasa

Geng CJ7 Kulim sudah melaksanakan tanggungjawab bercerita pengalaman masing2 di sana, tak lupa juga geng CJ7 Melaka..maka tibalah giliran kami dari PFK (Gurun Girls and SP Boys) untuk membuka hikayat pahit jerih suka duka berinternship di sini. Penulis akan menggunakan nama "UTPFK" sebagai kata ganti nama bagi kami CJ7 berenam di sini (Baha, Fahmi, Rufy, Syaz, Xixi, Zaki...in alphabetical order) + Liza EE. Credit to Mrfarme Feemo for the name =)

UTPFK setakat ini masih tiada aktiviti2 gempak bersama seperti Geng Kulim...mungkin disebabkan jarak yang jauh antara Gurun Girls dan SP Boys (kira2 20 minit travel melalui highway) yang menyukarkan perancangan2 aktiviti bersama. Namun, insyaAllah, kami masih punya 3.5 bulan untuk naik ke puncak Gunung Jerai tu (antara cita2 awal sejak mula internship).

Antara aktiviti bersama yang sempat dilakukan di luar waktu kerja ialah jamuan makan2 di rumah Gurun Girls merangkap farewell untuk senior trainees merangkap house-warming jemput jiran2 terdekat makan sate + laksam pada 07/07/2010 (sebulan bekerja). Maaf tiada gambar untuk aktiviti sulung ini. Kami terlampau penat melayan tetamu tak sempat nak posing2 bergambar. Gurun Girls agak berbangga dapat buat jamuan bagi orang makan dengan keadaan rumah tak cukup pinggan mangkuk dan perabot (malam nak buat jamuan, petang tu jugak baru cari dulang kt kedai..sebab takde pinggan besar nk hidang sate :D).

Seterusnya pada 03/09/2010 kami berbuka bersama di Cinta Sayang Resort (ni kira kawasan perumahan SP Boys la ni). Disertakan gambar:

xixi, kak bad (trainee UMP), rufy, liza, baha

round 1: kuih muih, kurma, air, buah

selepas beberapa round
(yang bertshirt hitam: abg safwan - staff operation)

perbincangan hangat..rasanyalah

dari kiri: xixi, bad, rufy, liza, baha, syaz, abg safwan, zaki
(photographer: fahmi)

posed especially for CJ7...salam ramadhan from SP Boys

Tak lama kemudian raya pun kunjung tiba. Seperti company2 lain, PFK tak ketinggalan mengadakan sambutan hari raya dengan tema Ghaya@PFK. Artis jemputan pada malam 29/09/2010 itu ialah Hattan dan Ramli Sarip.

smiling faces of UTPFK

penulis bersama the only ladies in HSE Department
dari kiri: kak ayun (exec health), kak ija (secretary dept), trainee, kak su (exec fire&safety)...kak milah (nurse HSE) tiada dalam gambar

Nak tahu tentang tempat kerja kami pula? Jom kita ronda2~ (Kebetulan Rufy, Xixi, Syazwan - dibantu juga oleh Fahmi - terlibat dengan projek video under HSE Dept..maka dapat permit untuk berphoto-taking dan bervideo-recording). Bak kata orang tua: sambil menyelam, minum air..maka sambil bekerja, kami bergambar.

here it is..PF(K)SB

main admin building

masuk dalam jumpa...err..saya?
(lakonan semata-mata)

ini pun berlakon? ntah...


ini meja trainee dlm CCR (central control room) di dlm plant

urea bagging storage
bila abg man dah jalan ke depan sket, xixi amek gambar kami

..dan kami amek gambar xixi pulak

ini bukan iklan digi

our cute plant ;)

day 3 of photo + video-shoot...got to see this process during urea plant shutdown
lucky us
fyi, the crane is lifting the damaged tank wall after it has been cut to small piece (this is just one pieces...loads more to go)

awan lawa. sebab shooting di waktu tengahari buta

fahmi pulak beraksi di wastewater treatment plant

apa2pun..please remember to take safety home with you


selamat bekerja semua...nampak apa dia tulis kt buku cold work permit tu?
buat kerja "lillahi ta'ala" :)

rasanya cukup sekadar itu penulis melaporkan dari bumi Gurun, Kedah. insyaAllah, Isnin ini CJ7 bakal bertambah seorang lagi di sini. semoga semakin banyak aktiviti dapat dijalankan...nak naik puncak gunung jerai!

semoga rakan2 CJ7 di tempat lain semua sihat2 juga..kaut sebanyak mungkin pengalaman ye.

counting the weeks,
Rufaidah Mokhtar
Taman Ria Mesra 1,
Gurun, Kedah
9.58pm
09/10/10

Monday, September 27, 2010

Beraya di Rumah Safwan

salam
lagu tema : lagu negeri Melaka



Semasa peringkat awal blog chemy ditubuhkan, antara garis panduan yang ditetapkan ialah artikel yang ditulis mestialah mempunyai kaitan dengan aktiviti ahli chemy jan 07 (cj7) . Di mudahkan cerita, disebakan artikel ini berkaitan jamuan hari raya di rumah safwan (orang ke-2 paling famous dalam cj7 selepas mustaqim razak), rasanya artikel ini tidaklah terkeluar dari garis panduan gamaknya. (rujukan DBP; gamak= pendapat yg dibuat dgn hanya mengagak atau menyangka saja)


Rombongan terdiri daripada penulis, muhammad aminuddin, abu huzaifah dan azfar (<<--dia xde blog) dengan menaiki 2 buah kenderaan. Kami bergerak agak lewat, dalam lingkungan 4.30 petang disebabkan sistem birokrasi kilang tempat penulis menjalani latihan industri. Sesampai kami di rumah saudara Safwan, kami menunaikan solat berjemaah dengan tujuan mendapat kebarkatan tuan rumah yang sudi menjemput kami menjamu selera di rumahnya.

azfar, safwan dan abu huzaifah. penulis dan amin telah usai bersolat.


Tanpa memanjangkan kalam, kami terus pergi ke meja hidangan. Pelbagai juadah telah terhidang.Tidak ada gambar dapat dipaparkan kerana abu huzaifah dan amin telah menjalankan "tanggungjawab" mereka dengan jayanya. Di antara menu yang disajikan ialah Bakso (10x sedap daripada Bakso v1 cafe), ketupat dan juadah raya yang lain.

Mengikut pendapat abu huzaifah, ayam rendang yang dihidangkan sangat sedap. Bagi penulis dan amin, kami hanya menjamah Bakso sahaja (sampai bakso habis kerana dihabiskan oleh kami berdua).


penulis, muhammad aminuddin, safwan, azfar, abu huzaifah


Pada jam 6.15pm, kami berempat berangkat pulang dari rumah safwan kerana rasa dah malu sangat sebab macam tak faham-faham nak blah. (lama sangat duduk menjamu selera).


p/s: sesiapa yang mempunyai adik yang degil , boleh minta tips dari safwan tentang macm mana dia mendidik adik-adiknya agar patuh pada arahannya.

sekian.
salam


Sunday, September 5, 2010

3 Bulan Ber-Internship-ing

Sudah masuk Sept 2010, menandakan telah berlalu nyer 3 bulan pertama berpraktikal bagi Batch UTP Jan07, to b spesifik CJ7..dan dalam 3 bulan ini juge blog nih sunyi sepi..asik dok spamming je keje kat GG..zzz..:P

Wajah salah seorg calon trainee of the year di Celestica..tekun kn die wat keje?

Just wanna update what happen in the last few months..aku update on behalf dak2 Celestica y nipi gelar Celesticos..haha

nipi suro tanye kn,macho x die pose camtuh?

Kanak2 CJ7 y tercampak kat Kulim, Kedah nih seramai 7 org..Mereka adelah Aik si misai, Irsyad the Abah, Abu the CUMIL, nipi the Beliatua, Farhan the Buwik, Pok Jak the JaknJill, and plg macho Lipanboy..haha (osmate2 jgn marah)

Mandi Manda di Sg Sedim..Nipi,Poji,Aik,Buwik,Irsyad,Abu, Pokjak?(da tuka jd Bob??)

Kami sgt caring..siap tolong mandikan buwik lagi..haha

Kanak2 periang CJ7 nih menetap kat teratak no 48,Kulim Techno City (well known as KTC), just 5 mnt dari celestica..rumah 2 tingkat dan kosong xd pape..untill our second month here...hehe..
rezeki menyebelahi kami brangkali, dapat durian runtuh..alhamdulillah,skang rumah da lengkap dengan tv,astro,peti sejuk,mesin basuh,dapur,sofa,meja makan,streamyx dan sebagai nyer r..

Pokjak berusaha gigih nk cabut aerial..nk psg kat KTC..haha


Aik sblom ade misai,di depan ruma sewa kami...

sebelom setinggan jadi condo..haha

Working environment di sini xbrape condusif senanyer..tp bole la nk timba pengalaman dealing with other people..cane nk deal ngan engineer, cane nk deal ngan SV, cane nk deal ngan operator..every group of people have different way to communicate..kite tak bole tibai je layan sume org same..nnt kite y truk nnt..kene pandai amik ati diorg.build gud relationship dengan diorg,Insya Allah keje kite mudah nnt..sbb sng nk mntk tlg etc..dan plg penting bile diorg da tolong jgn lupe bls jasa diorg,blanje mkn ke..konfem in the future mudah nk mntk tlg lagi..hehe..n plg penting SMILE always..senyum kn sedekah?

Contoh senyuman plg menawan..peace

Hidop kat sini mmg happening sbb dapat osmate2 y sempoi n satu kepala..ajak je r wat pape aktiviti mst on shj..best dapat osmate camnih..hehe..
kat sini dak2 celestica (dak meche+cheme) sgt harmoni hidop kami..banyak aktiviti kitorg wat same2...hampir tiap wikend gak r hang out bersama..aktiviti wajib tiap mingu.wikend men futsal n tiap ari selasa badminton..
stakat nih aktiviti plg BEST kitorg wat same2 mandi manda di Sungai Sedim, dan men funfair di Queensbay..happening siot..dak2 Penang pon ade join gak Sg Sedim tuh..woot2..haha
p/s : kepada shbt2,slalu la exercise time intern nih..jgn melebar je keje..hek2..

Terbukti Abu dan aku makin kurus..ble masuk kami berdua kot baju nih..

Singah sebentar di Nashmir utk baham TOSSAI ANACONDA..haha


Bergambar sebelom membasahi diri..bersama kanak2 penang..

Dari abu bertukar jadi aku then tuka lg jadi buwik baru msk air..hbt x?haha

Terjun tiruk!!!!


Slain pengalaman manis,ade gak r pengalaman pahit..

Kene marah mst ramai da kene kn?xkire r ngan SV ke,engineer len ke mahupon rakan sejawat..bear with it,saba la yer..kite praktikal je..kene marah redha je r..nk wat cne kn?

Mslh kecurian pon timbul gak ms 1st month di sini..nsb bek x pecah rumah,tp ilang la sluar jeans gantung kat lua,kasut nike sepasang, n plg celaka slipar jepun aku pon kene rembat..haram punye pencuri..but thank God,xilang pape lg truk..sbb dgr cte dak batch kite y intern di KL,uma kene pecah(laptop sume ilang), kete kene curik,kete excident truk..so bersyukur la..n plg penting beware of ur properties k?
N drive @ ride carefully..lg2 lak nk balik raya nih..

last but not least,slamat berpuasa,selamat bersahur n SELAMAT HARI RAYA dari kami warga Celestica..hek3..
nantikan video raya dari kami..(xtau jadi ke x nk wat)..huhu...

Saturday, May 8, 2010

Laporan Penuh CPL 2010

Berikut adalah laporan penuh CPL 2010 yang telah disunting semula daripada hasil tulisan saudara Penaberkala a.k.a Khairul Anuar.
CPL-2010
TRONOH: CHEME JAN'07 PREMIER LEAGUE 2010 (CPL 2010) telah berjaya dilangsungkan di Gelanggang Futsal Kolej Kediaman 5, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Perak Darul Redzuan pada 6 May 2010. CPL 2010 merupakan edisi ke-2 pertandingan futsal antara pelajar jurusan kejuruteraan kimia pengambilan Januari 2007 universiti terbabit. Rentitan daripada kejayaan sulung CPL 2009 pada tahun lalu, maka CPL 2010 wajar diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. CPL 2010 kali ini masih lagi di bawah kelolaan orang yang sama iaitu Zaki Saeed Ahmed Bahakim iaitu pelajar yang berasal dari Yaman.
CPL 2010 merupakan acara kemuncak sebelum bermulanya minggu peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar kejuruteraan kimia tahun 3 semester 1. Kali ini CPL 2010 telah dilangsungkan di lokasi yang berbeza berbanding edisi sulung. Tambahan, CPL 2010 kali ini menampilkan aksi-aksi yang penuh dramatik, di luar jangkaan dan penuh debaran dengan penampilan-penampilan hebat pemain dari jurusan berkenaan.

Wednesday, May 5, 2010

Lifeline 4 Gaza

KENYATAAN MEDIA

NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza



KUALA LUMPUR, Selasa 13 April -- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai usaha konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel dan menghantar barangan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang sekian lama dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan yang sangat mereka perlukan.

Beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program dalam usaha mengumpul dana daripada masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan ini melalui sebuah projek yang dinamakan “Lifeline4Gaza – Break The Siege” ataupun “Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian.” Antara pertubuhan tersebut termasuklah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, dan Viva Palestina Malaysia (VPM). Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)

Dalam sidang akbar yang turut disertai oleh wakil IHH bagi bantuan Malaysia dan Brunei Darussalam dan pemimpin-pemimpin NGO terbabit di Kuala Lumpur pagi ini, Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman berharap agar kerjasama dan sokongan erat daripada semua pihak di Malaysia akan dapat memberi kesedaran akan jenayah yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya ke atas penduduk Gaza dan Negara Palestin secara umumnya. Dengan kerjasama NGO Malaysia terbabit, mereka akan dapat menggembeling tenaga, pengalaman, dan komitmen untuk menjayakan usaha menerobos sekatan ke atas Gaza dan membantu penduduk Gaza membina semula kehidupan mereka.

Rejim Zionis Israel membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.



Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.

Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.


Kini setelah lebih setahun tragedi serangan berlaku, penduduk Gaza masih lagi tidak dapat mendirikan semula rumah-rumah mereka, termasuk juga kemudahan asas yang lain seperti sekolah, masjid dan hospital. Mereka masih terpaksa berteduh di khemah-khemah sementara kerana bahan dan jentera binaan tidak dibenarkan dibawa masuk sama-sekali. Malahan ada yang masih terpaksa tinggal di bawah runtuhan bangunan rumah mereka. Ramai pesakit yang terpaksa menanggung penderitaan sakit berterusan hinggakan membawa kepada maut kerana tidak ada kemudahan perubatan dan tidak juga dibenarkan keluar dari Gaza untuk mendapatkan rawatan di hospital luar.


Tahun 2006 menyaksikan banyak usaha-usaha membantu membebaskan Palestin, terutamanya Gaza, daripada cengkaman embargo kejam Zionis. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada seluruh dunia telah mencuba pelbagai cara untuk masuk dan memberi bantuan kepada rakyat Gaza. Lebih daripada 10 percubaan telah dilakukan oleh NGO-NGO sedunia untuk memasuki Gaza tetapi hanya sekali dua saja yang berjaya menembusi sekatan tersebut.


Usaha terbaru telah dilakukan oleh sebuah konvoi yang telah dipelopori oleh Viva Palestina yang berpusat di Eropah pada 5hb Disember 2009. Usaha tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 320 orang sukarelawan, di mana mereka memulakan perjalanan sejauh lebih 3,000km dari United Kingdom melalui Turki, Syria, Jordan dan seterusnya ke El-A’rish di Rafah, Mesir sebelum akhirnya berjaya masuk ke Gaza pada 6hb Januari 2010. Alhamdulillah 12 orang rakyat Malaysia, termasuk 2 orang wakil HALUAN Malaysia, telah menyertai konvoi tersebut.

Walaupun konvoi Viva Palestina yang ketiga itu telah berjaya memasuki, ia masih tidak berjaya menghapuskan embargo ke atas Gaza.

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.


Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.

Berkaitan dengan konvoi ini, IHH telah melantik HALUAN sebagai penyelaras bagi semua bantuan daripada dermawan di Malaysia dan juga Brunei Darussalam. Sehubungan dengan amanah tersebut, HALUAN bersama-sama semua NGO yang hadir pada hari ini menyeru semua institusi, organisasi, badan-badan, syarikat-syarikat dan individu yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan supaya memberikan sokongan dan bantuan untuk menyelamatkan rakyat Palestin dengan menganjurkan apa jua aktiviti dapat menzahirkan solidariti mereka, seperti solat hajat dan doa selamat, pameran dan seminar kesedaran Palestin, kutipan derma untuk projek Kemanusiaan Palestin, dan juga ceramah, dialog, diskusi mahupun forum penerangan permasalahan Palestin. Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:


Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad


Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang perihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.



--------------------------------------------------------------------------------


MPPUTP 2009/10 Supports a Noble Mission to Palestine
DONATION DRIVE
Viva Gaza
A Lifeline from Malaysia to Gaza
On 16th May 2010, a ship will depart from Malaysia for Palestine Mission together with 20 more ships from all over the world.
  • The ship will be loaded with medication, food, daily supplies, study aid materials, building materials for house construction, and many more which cost almost RM10 million.
  • Donation drive will be done in the campus from 4th May 2010 until 6th May 2010.
  • The collection will be used to support this cost in order to make this noble mission a success.
  • There will be a National Gaza Convoy on 8th May 2010 which will depart from the respective state mosques around Malaysia and finally assemble in Stadium Melawati, Shah Alam.
  • The assembly will be held from 7.30pm to 11.30pm with many beneficial activities specially design for the crowd.
  • The university will not be providing any transportation, yet students are encouraged to join on personal basis.

Donate Through Our Donation Envelope
“None of you are believers unless you love for your brother/sister what you love for yourself.” - Hadith of Prophet Muhammad (s)

Our Little Effort Holds Thousands Hopes of Others
Regards,
Culture and Society Exco,
Welfare Exco,
Student Representative Council 2009/10.