Friday, March 25, 2011

ChemE Premier League 2011 Menggegar Kembali

Setelah sekian lama menyepi akhirnya ada update sedikit dgn aktiviti CJ7.

Beberapa jam yang lalu, pihak pengajuran dan penaja CPL, Encik Zaki Saeed Ahmed Bahakim telah mengconfirmkan bahawa pertandingan futsal paling berprestij di bumi UTP, ChemE Premier League kembali menggegarkan court futsal V5. Pertandingan yang di tunggu-tunggu itu bakal berlangsung pada tanggal 30 April 2011.

Untuk edisi ketiga CPL ini, kita dapat lihat beberapa rombakan daripada kalangan peserta. Beberapa krisis kecederaan yang kronik dan serius telah melanda beberapa pasukan top flight yang di jangka mampu memberi saingan sengit untuk edisi terbaru ini. Kehilangan pemain bintang tersebut amat dirasai dan di rindui sentuhan ajaib mereka.

Antara bintang-bintang yang tidak dapat meneruskan perjuangan bersama pasukan kesayangan masing-masing adalah Beliau yang mengalami patah peha dan Ah Seng akibat back problem yang kronik. Walaupun Ah Seng dalam proses pemulihan dan menunjukkan perkembangan positif, tetapi tarikh pertandingan yang terlalu singkat membuatkan peluang utk beliau beraksi sgt tipis. Untuk tidak mengecewakan teman sepasukan Ah Seng mengambil keputusan utk menjadi manager sepenuh masa pasukan PeJaMBuBeh. Dgn suntikan semangat baru ini, adalah di harap PeJaMBuBeh bakal merangkul gelaran Juara utk edisi 2011.

Setakat ini, proses pendaftaran masih berlansung. Di jangka semua pasukan dari edisi lalu akan kembali berentap.Setakat ini shaja update CPL 2011.

IDOP CJ7!!!!!

Gambar kenangan dari edisi pertama 2009