Friday, December 3, 2010

CJ7 Meletup Di AMD

24 November 2010  telah menjadi tarikh bermakna bagi wakil CJ7 di AMD. Tercampaknya mereka ke pulau ini telah mebuahkan sedikit hasil. Setelah disemai, disiram dan dibaja dengan ilmu-ilmu dan pengalaman bermakna selama lebih kurang 6 bulan, maka tiba masanya untuk mereka diuji. Pada tarikh ini, lima anak muda dari CJ7 telah menggegarkan dan menggemparkan seluruh warga AMD dengan pencapaian yang mengagumkan. Seluruh warga AMD menggigil dengan kejutan yang diberikan. Sungguh tidak disangka, walaupun baru setahun jagung usia tapi lagak anak muda berlima ini menimbulkan satu fenomena di AMD.

Kepetahan, keyakinan, kebikjaksanaan, kecekapan serta kebolehan yang tinggi anak-anak muda telah berjaya menakluk puncak kemenangan Poster Competition Kaizen Week 2010 AMD. Kebersahajaan Muzakkir, keyakinan Faiz, kelantangan Hazwan, keseriusan Khairuddin dan keazaman Anuar nyata menimbulkan bibit kegaguman dalam kalangan warga AMD. Maka tidak hairan lah, daripada lima anak muda CJ7 yang menyertai pertandingan gilang-gemilang ini, tiga daripadanya berjaya menggondol hadiah utama.Syabas untuk mereka. Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna, demi CJ7 mereka teruskan berusaha untuk menggapai sebuah kejayaan dengan sokongan dan dokongan manager CJ7 cawangan AMD iaitu Mr Faris Muhandisu. Akhirnya, kemenangan keseluruhan menjadi milik mutlak mereka. Sekaligus, membolehkan mereka membolot hadiah berjumlah RM700 secara keseluruhannya.

Maka tidak hairan lah, pemenang tempat pertama, Faiz dan tempat kedua, Anuar telah dirisik oleh seorang manager dari AMD untuk meneruskan perjuangan di sana selepas melepasi alam universiti. Syabas untuk mereka.

Senyuman girang Faiz slepas merembat hadiah utama

Senyuman sopan Anuar bersama SV selepas memenangi tempat kedua
Senyuman Dr Rozmey hehe (No 3)
Dapat hadiah dengan senyuman serius

Tersipu-sipu dengan hadiah sagu hati hehe
Kami bersama trainee dari UUM